Samseng Facebook

Saturday, 7 September 2013

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Kita dijangka dapat melihat perubahan ketara dalam kaedah pelaksanaan sistem pendidikan negara tidak lama selepas pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Antara hasil awal yang dijangka dilihat ialah syarat pengambilan guru diperketat dan dikuatkuasakan di semua institut pendidikan guru dan institusi pendidikan tinggi awam.
Ia turut menyasarkan 100 peratus sekolah mempunyai sambungan Internet dengan kelajuan sekurang-kurangnya 4Mbps melalui 1BestariNet, menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini Jumaat.
Satu lagi hasil awal yang dijangka diraih susulan pelaksanaan pelan pendidikan itu ialah semua guru opsyen bahasa Inggeris di bawah tahap penguasaan, dilatih untuk meningkatkan kemahiran.
Daripada segi ujian, 20 peratus daripada soalan peperiksaan akan digunakan untuk mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar.
Prestasi guru turut diberi keutamaan dengan 410,000 guru akan dinilai melalui apa yang disifatkan sebagai instrumen bersepadu, dan 61,000 guru bahasa Inggeris dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa.
"Perubahan ini akan menjadi asas hasil yang dihasratkan untuk masa depan," kata pelan pembangunan berkenaan.
Pelan itu melakarkan visi sistem pendidikan dan aspiasi pelajar yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.
Ia mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan untuk mencapai visi yang dihasratkan.



TIPS JIMAT MINYAK PETROL


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia,
Harini saya nak kongsi tips macam mana nak menjimatkan minyak kereta. Saya rasa kebanyakan dari kita mesti dah tahu macam mana nak berjimat, tapi saya tetap nak share CARA untuk menjimatkan minyak kereta. Yelah, bagi sesiapa yang duduk area KL ni mestilah lagi nak jimat minyak petrol kereta memandangkan selalu jem dan high standard of living.

Ada orang cakap, jenis minyak petrol tu sendiri yang menentukan sama ada penggunaan minyak petrol tu cepat digunakan atau tidak. Tapi, sebenarnya, cara kita mengawal, menjaga dan memandu kereta kita lebih banyak mempengaruhi penggunaan minyak petrol kereta. Kat bawah ni adalah tips untuk jimat minyak petrol kereta:

1.  Elakkan dari mengisi minyak petrol dalam kuantiti yang sedikit.
 Mengisi minyak dengan kuantiti yang sedikit adalah merugikan, dan akan menyebabkan minyak cepat habis. Minyak akan cepat habis kalau ruang tangki banyak yang kosong. Semakin besar ruang, semakin banyak minyak akan meruap. Petrol yang meruap tak dapat nak dibakar oleh enjin. Jadi, lebih elok kalau korang tak biarkan tangki minyak kereta korang tu kosong, dengan mengisi minyak dengan lebih banyak.

2.  Belajar untuk menukar gear ke Neutral.
Insan-insan yang selalu berada dalam traffic jam, mesti malas nak menukar-nukar gear kan? Lebih-lebih lagi kalau korang pakai kereta manual, lagi malas. Tapi kalau korang tengah berhenti kat traffic light, atau tengah traffic jam, lebih baik korang menukar gear ke 'N' untuk mengurangkan pembakaran minyak petrol kereta korang. Jangan malas-malas ye?

3.  Memandu kereta dalam kelajuan yang tetap.
Bagi sesiapa yang suka racing kereta atas highway, tips ni mesti korang tak boleh nak ikut. Cuba belajar untuk memandu kereta dalam kelajuan yang tetap, kawal kaki anda untuk tidak terlalu menekan pedal minyak. Kereta haruslah tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kalau korang drive terlalu perlahan, ia akan menyebabkan bebanan pada kereta, dan kereta terpaksa 'melakukan kerja' dengan lebih.

 4.  Periksa keadaan tayar dan enjin kereta.
Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar dengan baik boleh memastikan cengkaman tayar berada dalam keadaan yang elok, dan sekaligus dapat menjimatkan minyak. 

5.  Kurangkan penggunaan air-cond
Sesiapa yang balik rumah pada waktu malam, tutup air-cond, dan bukak tingkap sikit. Jimat, dan udara luar pun bagus untuk paru-paru kita. Hirup udara air-cond banyak-banyak pun tak bagus jugak.

6.  Kemas kereta anda.
Ni terutamanya bagi perempuan, semuanya nak sumbat dalam kereta. Mm... saya la tu.. Kalau korang tengok kereta saya, kat seat belakang, segala jenis buku ada, dah serupa locker. Dan dalam boot belakang dah macam rak kasut. Jangan ikut macam saya kay. Kemaskan kereta korang, dan korang boleh kurangkan beban pada kereta.